Sunday 15 December 2013

Maahad Dirasat Diniyyah Temin



PENGENALAN
Bagi menyuburkan  pendidikan Islam yang berteraskan konsep Tafaqquh fid Deen maka sebuah institusi pendidikan yang menggabungkan ciri-ciri pendidikan pondok dan moden akan dilaksanakan di lot 3983 km 6, Kg Temin Jerantut, Pahang. Penubuhan institusi pendidikan ini dengan nama Maahad Dirasat Diniyyah Temin adalah memberikan fokus kepada kelas pengajian tahfiz , tafaqquh dan kuliah umum kepada masyarakat sekitar.

OBJEKTIF
1. Melahirkan generasi yang memahami dan menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah.
2. Melahirkan ulama yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu Islam.
3. Mencetuskan budaya ilmu di kalangan masyarakat sekitar.
  
PROGRAM PENGAJIAN
1) Tahfiz.
2) Pengajian Tafaqquh.
3) Kuliah Umum. 

Sunday 2 October 2011

Pasti Al-Hikmah menjadi finalis pertandingan 3K 2011

 Pada 2 Oktober 2011 Pasti Al-Hikmah telah diperiksa dan dinilai oleh pegawai Bahagian Penaziran Pasti Pusat bagi tujuan pertandingan 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan) peringkat Pasti Malaysia.